BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

AKU HANYALAH INSAN BIASA...

Jika aku terjatuh bantulh aku untuk bangun semula...

Jika aku tersesat pimping la aku ke jalan yang betul..

gEngs

Friday, October 29, 2010

j0m sElawAt...


sebelum baca ni cubalah klik play video kat bawah nie...konfrm xruginya..klik je....
Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana, hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya. 

Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan.

Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya.
Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain.

Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa berselawat  walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi.

Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua permasalahan. 

Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya daripada sebarang bencana. 

Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh  kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh dan juga penyakit lain. insyaALLAH.... 

Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW. 

Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH SWT.

Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib. 

ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita dgn mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu. Selain itu, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain. 

Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping itu beroleh ketenangan fikiran. 

Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang. 

Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim> 

Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu. Selain itu, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya. 

Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA.

marilah kite sama2 berselawat.....jom2..

0 comments: