BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

AKU HANYALAH INSAN BIASA...

Jika aku terjatuh bantulh aku untuk bangun semula...

Jika aku tersesat pimping la aku ke jalan yang betul..

gEngs

Monday, November 01, 2010

Warna dan solat.

Indahnya solat di Awal waktu...

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam yang boleh diukir dan dicerap melalui perubahan warna alam.

WAkTU SUBUH

Pada setiap subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi teroid yang mempengaruhi sistem metabolisme tubuh.

Oleh itu warna biru muda atau warna subuh mempengaruhi rahsia berkaitan dengan 
penawar atau rezeki dan komunikasi.

Mereka yang sering tertinggal waktu subuh atau terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akang menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Hal ini kerana, warna alam iaitu biru muda tidak dapat oleh teroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (jaga daripada tidur).

Disini juga dapat kita cungkil akan diperintahkan oleh solat awal waktu. Bermulanya saja azan subuh, tenaga allam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Oleh itu, mereka yang terlewat subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZUHUR

Waktu alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian wakna kuning melambangkan masuknya waktu zuhur.

Sprektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sisterm penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Oleh itu mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilangnya sifat keceriaan.

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren iaitu masuknya waktu asar.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi frostat, uterus, ovari, dan testis yang meangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal atau terlewat waktu asar berulang kali akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau waktu asar ini jasad dan roh seseorang itu terpisah (tidur). Tenaga pada waktu asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif 
kita.

WAKTU MAGHRIB

Menjelang waktu maghrib, alam berubah kepada warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada diluar rumah.

Hal ini kerana spektrum wakna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan warna alam.

Mereka yang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat maghrib dahulu) keran banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu maghrib dan warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf, dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu isyak, alam berubah ke warna indigo, dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu isyak ini menyimpan raksia ketenteraman dan kedamaian dimana fasa frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang sentiasa ketinggal solat isyak akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selapas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu dimana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pincal, pituitari, talamus, dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullaih.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikir bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini sebenarnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu 
hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

0 comments: