semasa semester 1 aku mengikuti kelas estetika kerana aku merupakan pelajar jurusan seni..
didalam kelas itu aku diajar oleh 2 lecture iaitu prof. Zakaria Ali yang merupakan pelukis terkenal..
seorang lagi ialah en.Azam sulong yang mencipta lirik lagu. beliau merupakan orang negeri aku, org terangganu...
dlm kelas 2 kiteorg diberi 2 pilihan samada buat assignment yg prof Z atau en.Azam.
masa nie aku terlampau keliru xtahu nk pilih yg mana 1...
tnye senior dorg cadangkn buat yg en.Azam...
tp aku xpandai pasal muzik2 nie...
pasal seni pn teori je aku boleh tp dorg cakap prof Z teliti orgnya...aku takut aku xleh nk score markah....
fikir pnye fikir pnye fikir last2 aku pilih buat yg en.Azam...
2 pn slpas bincng nge mak ayah aku...dorg kate baik cube buat yg muzik sbb lain kali belum tentu dpt masuk kelas yg ada muzik x ag...betul jgak kate mak ayah aku 2...aku follow..
aku pn g la jupe en.Azam kate nk wat yg dia...dia pn bg la lagu kt aku...
terkejut jgak aku mula2 tgok2 lagu Isabella, Search yg nyanyi..
selepas 2 aku pn wat la analisis lagu 2 berdasarkn panduan yg en.Azam bg..
nie la akhirnya....
Tajuk lagu : Isabella
Pencipta lagu : Search
Penulis lirik : Bob
Penyanyi : Search
Juara lagu TV3 tahun 1989
Lagu pilihan popular 90-an MACP
Isabella adalah kisah cinta dua dunia
Mengapa kita berjumpa
Namun akhirnya terpisah
Siang jadi hilang
Ditelan kegelapan malam
Isabella adalah kisah cinta dua dunia
Mengapa kita berjumpa
Namun akhirnya terpisah
Siang jadi hilang
Ditelan kegelapan malam
Alam yang terpisah
Melenyapkan sebuah kisah...
Terbayang lambaianmu
Salju terbakar kehangatan
Dunia di penuhi
Warna berseri bunga cinta
Melenyapkan sebuah kisah...
Terbayang lambaianmu
Salju terbakar kehangatan
Dunia di penuhi
Warna berseri bunga cinta
Kita yang terlena
Hingga musim berubah
Mentari menyepi
Bernyalalah api cinta
Dia Isabella
Lambang cinta yang lara
Terpisah kerana adat yang berbeza
Cinta gugur bersama
Daun daun kekeringan...
Haluan hidupku
Terpisah dengan Isabella
Tapi aku terpaksa
Demi cintaku Isabella
Moga dibukakan
Pintu hatimu untukku
Akan terbentang jalan
Andainya kau setia
Oh! Isabella....
Pintu hatimu untukku
Akan terbentang jalan
Andainya kau setia
Oh! Isabella....
STRUKTUR KARYA
Jenis
Jenis penulisan lirik lagu Isabella ini ialah balada. Balada bermaksud puisi yang memberi penekanan kepada pernyataan perasaan, terutama perasaan sedih dan biasanya berhubung dengan peristiwa yang dialami oleh penyair. Biasanya balada adalah cerita yang diolah atau disusun dalam bentuk puisi sehingga perasaan yang dialami oleh penyair dapat dirasai dan digambarkan oleh pembaca. Dengan ini akan timbul kesan simpati ketika membacanya dan mendengarnya.
Tema
Tema bagi lirik lagu Isabella ialah percintaan yang terhalang oleh adat yang berbeza, dan juga perlunya kesetiaan dalam sesebuah percintaan. Walaupun cinta itu terhalang, jika ada kesetiaan hubungan itu dapat dikekalkan.
Persoalan pokok
Persoalan pokok ialah perkara-perkara pokok yang menjadi persoalan utama yang dibincangkan dalam sesebuah lirik lagu yang ingin disampaikan oleh penyair tersebut. Persoalan yang dapat saya timbulkan dalam penelitian lirik lagu Isabella ini ialah :
1. ~Setiap manusia akan diuji, tidak kira dalam ape jua keadaan.
2. ~Kebanyakan hubungan percintaan akan terhalang oleh perbezaan taraf kehidupan pasangan tersebut.
3.~Kesetiaan dan kejujuran serta ketabahan dalam sesuatu hubungan adalah sangat penting bagi mengekalkan hubungan tersebut walaupun dilanda pelbagai masalah.
Nilai
Nilai yang terdapat dalam lirik tersebut ialah :
1. Kasih sayang
2. Ketabahan
3. Kesetiaan
4. Keasyikan
5. Pengorbanan
Bentuk
Seni kata lagu ini berbentuk bebas. Penulis lirik lagu ini iaitu Bob, menulis lirik lagu Isabella ini dengan 6 rangkap yang mempunyai jumlah baris yang tidak sama. Rangkap pertama memepunyai 5 baris, rangkap kedua pula mempunyai 6 baris, manakala rangkap ketiga mempunyai 4 baris. Seterusnya, rangkap keempat mempunyai 5 baris dan sama dengan rangkap terakhir iaitu rangkap keenam. Rangkap kelima pula mempunyai 4 baris. Keseluruhannya, lagu ini mempunyai 6 rangkap.
Rima dalam setiap rangkap
Rima adalah persamaan bunyi akhir kata. Rima pada lirik lagu Isabella ini dikategorikan seperti berikut :
· Rangkap 1 = aabcd
· Rangkap 2 = aabcde
· Rangkap 3 = abca
· Rangkap 4 = aaaab
· Rangkap 5 = abbb
· Rangkap 6 = aback
VARIASI BAHASA
Konsep bahasa
Bahasa yang sering dikaitkan dengan kajian karya kreatif komsas, khususnya karya prosa moden ialah diksi dan dari aspek- aspek gaya bahasa
Diksi
Diksi ialah pemilihan, penyusunan, dan penggunaan kata-kata khusus yang puitis dalam percakapan atau penulisan. Diksi dalam kesasteraan melayu mengandungi kata-kata yang memiliki makna denotasi dan makna konotasi. Denotasi ialah pemberian makna yang tepat tanpa ada maksud lain. Manakala, konotasi pula merupakan ungkapan yang menghasilkan makna tambahan atau pengertian lain daripada makna biasa.
Denotasi
Penggunaan pendekatan denotasi dalam lagu ini dapat diperhatikan pada ayat berikut iaitu
~ Isabella adalah kisah cinta dua dunia
Mengapa kita berjumpa
Namun akhirnya terpisah
Siang jadi hilang
Ditelan kegelapan malam
Konotasi
Penggunaan pendekatan bahasa konotasi didalam lagu ini dapat diperhatikan pada ayat berikut :
~ Alam yang terpisah
Melenyapkan sebuah kisah…
Terbayang lambaianmu
Salju terbakar kehangatan
Dunia di penuhi
Warna berseri bunga cinta
~ Kita yang terlena
Hingga musim berubah
Mentari menyepi
Bernyalalah api cinta
Gaya bahasa
Gaya bahasa ialah cara atau ragam yang digunakan dalam penulisan atau lisan ataupun cara pemakaian bahasa dalam sesebuah karya atau susunan kata.
· Gaya bahasa terbahagi kepada lima jenis iaitu :
a) Gaya bahasa pengulangan – aliterasi, anadiplosis, anaphora, asindeton, asonansi, epifora, gradasi, rima, simplok, tautotes, dan banyak lagi.
b) Gaya bahasa penyindiran – aferesis, afesis, akronim, apokop, sinkof, dan sebagainya.
c) Gaya bahasa perbandingan – imejan, metafora, personafikasi, peonasme, simile, antisipasi, prolepsis, alegori, dan banyak lagi.
d) Gaya bahasa pertautan – alusi, antonomasia, epitet, sinekdok, dan banyak lagi.
e) Gaya bahasa pertentangan – hiperbola, inverse, paradox, ironi, dan banyak lagi.
Aliterasi
Aliterasi merupakan sejenis gaya bahasa pengulangan bunyi konsonan yang sama pada awal kata dan yang bertuturan sama ada dalam puisi tradisional, puisi moden, prosa tradisional, prosa moden, prosa moden sama ada kreatif atau bukan kreatif. Disini, saya cuba kupaskan berkenaan penggunaan alterasi yang terdapat pada setiap rangkap lagu Isabella.
~ Isabella adalah kisah cinta dua dunia
Mengapa kita berjumpa
Namun akhirnya terpisah
Siang jadi hilang
Ditelan kegelapan malam
Mengapa kita berjumpa
Namun akhirnya terpisah
Siang jadi hilang
Ditelan kegelapan malam
· Perhatikan pengulangan konsonan ‘n’ pada rangkap pertama lagu ini.
~ Alam yang terpisah
Melenyapkan sebuah kisah...
Terbayang lambaianmu
Salju terbakar kehangatan
Dunia di penuhi
Warna berseri bunga cinta
- Perhatikan pengulangan konsonan ‘m’ pada rangkap kedua ini.
Asonanasi
Asonansi merupakan sejenis gaya bahasa pengulangan bunyi vocal yang sama pada setiap baris atau pada setiap ayat. Dalam lirik lagu Isabella dapat saya kupaskan penggunaan gaya bahasa ini seperti :
- Pengulangan vokal ‘i’
Isabella adalah kisah cinta dua dunia
Mengapa kita berjumpa
Namun akhirnya terpisah
Siang jadi hilang
Ditelan kegelapan malam
- Pengulangan vokal ‘a’
Alam yang terpisah
Melenyapkan sebuah kisah…
Terbayang lambaianmu
Salju terbakar kehangatan
Dunia di penuhi
Warna berseri bunga cinta
- Pengulangan vokal ‘u’
Haluan hidupku
Terpisah dengan Isabella
Tapi aku terpaksa
Demi cintaku Isabella
Sinkof
Sinkof ialahsejenis gaya bahasa penyirnaan, iaitu pengguguran huruf atau sukukata sisip perkataan atau dengan manghilangkan huruf tengah atau sukukata tengah. Antara sinkof yang terdapat dalam lirik lagu Isabella ialah :
~ Alam yang terpisah
Melenyapkan sebuah kisah…
Terbayang lambaianmu (sepatutnya “lambaian kamu”)
Salju terbakar kehangatan
Dunia di penuhi
Warna berseri bunga cinta
Haluan hidupku (sepatutnya hidup “aku”)
Terpisah dengan Isabella
Tapi aku terpaksa
Demi cintaku Isabella (sepatutnya “cinta aku”)
Moga dibukakan (sepatutnya “semoga”)
Pintu hatimu untukku ( sepatutnya “hati kamu” dan “untuk aku”)
Akan terbentang jalan
Andainya kau setia (sepatutnya “engkau”)
Hiperbola
Hiperbola merupakan sejenis gaya bahasa yang mengandungi kenyataan tentang sesuatu perkara yang secara berlebih-lebihan melampau.
Contoh yang terdapat dalam lirik lagu Isabella ini ialah:
~ Isabella adalah kisah cinta dua dunia
Mengapa kita berjumpa
Namun akhirnya terpisah
Siang jadi hilang
Ditelan kegelapan malam
~ Kita yang terlena
Hingga musim berubah
Mentari menyepi
Bernyalalah api cinta
nie la sedikit sebanyak analisis lagu yg aku dpt kongsikn...
jika salah tolang tegurkn...
0 comments:
Post a Comment