BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

AKU HANYALAH INSAN BIASA...

Jika aku terjatuh bantulh aku untuk bangun semula...

Jika aku tersesat pimping la aku ke jalan yang betul..

gEngs

Thursday, October 28, 2010

gRafiTi.....

Menurut Wikipedia, Grafiti adalah coretan-coretan pada dinding yang menggunakan komposisi warna, garis, bentuk, dan volume untuk menuliskan kata, simbol, atau kalimat tertentu. Alat yang digunakan pada masa kini biasanya cat semprot kaleng. Sebelum cat semprot tersedia, grafiti umumnya dibuat dengan sapuan cat menggunakan kuas atau kapur. 

Kebiasaan melukis di dinding bermula dari manusia primitif sebagai cara mengkomunikasikan perburuan. Pada masa dahulu, grafiti digunakan sebagai saranan mistisme dan spiritual untuk membangkitkan semangat memburu. Perkembangan kesenian di zaman Mesir kuno juga memperlihatkan aktiviti melukis di dinding-dinding piramid. Lukisan ini mengkomunikasikan alam lain yang ditemui seorang pharaoh (firaun) setelah dimumiakan.

Kegiatan grafiti menunjukkan lambang ketidakpuasan yang ditemui pada zaman Romawi dengan bukti adanya lukisan sindiran terhadap pemerintahan di dinding-dinding bangunan. Lukisan ini ditemukan pada runtuhan pada bangunan Kota Pompeii. Sementara itu, di Romasendi digunakan sebagai alat propaganda untuk mengurangkan pemeluk kristian yang pada zaman itu dilarang kaisar.

Difahamkan, perkataan grafiti berasal daripada bahasa Greek, ‘graphein’ yang bermaksud untuk menulis. Grafiti (atau bentuk mufrad, garfito) bermakna lukisan atau contengan pada permukaan yang mendatar. Pada asalnya, ia merujuk kepada tanda-tanda yang ditemui pada seni bina Roman kuno.

Pada perkembangan grafiti di sekitar tahun 70-an di Amerika dan Eropah akhirnya diteruskan ke wilayah Urban sebagai jati diri kumpulan yang tinggal di kota. Oleh kerana kurang pendedahan terhadap grafiti, ia telah dianggap sebagai lambangbagi merosakkan keamanan kota. Hal ini demikian kerana dianggap sebagai memprovokasikan perang diantara kumpulan. Selain dilakukan di tembok kosong, grafiti juga sering dilakukan di dinding kereta api bawah tanah.

Di Amerika Syarikat, setiap daerah negara sudah memiliki peraturan sendiri untuk menghalang grafiti. San Diego, California, New York telah memiliki undung-undang yang menetapkan bahawa grafiti adalah kegiatan ilegal. Bagi mengidentifikasilan pola pembuatan, grafiti dibahagikan kepada dua jenis.  
Grafiti adalah satu bentuk seni tampak kerana  pengkarya grafiti akan menghabiskan masa dan menggunakan daya kreativiti serta kemahirannya untuk menghasilkan karya yang boleh dinikmati oleh masyarakat umum. Grafiti juga ada sekadar dengan menulis nama kelompok, melukis karakter tertentu dan sebagainya. Elemen asas gfariti  adalah seperti ruangan umum sebagai kanvas seperti dinding bangunan atau dinding tembok, tin cat penyembur dan gaya penyampaiannya adalah gaya remaja.

Grafiti dianggap sebagai vandalisme pada awal-awal dahulu kerana merosakkan harta benda awam iaitu menconteng benda awam dan mencacatkan permandangan. Namun begitu, grafiti kini diiktifarkan kerana ia juga dapat dijadikan corak dan juga merupakan salah satu perhiasan umum.

Seni grafiti di Malaysia juga kini telah beransur diterima masyarakat yang dulu menganggap mereka ini melakukan aktiviti vandalisme. Grafiti akan mendedahkan orang ramai kepada kepelbagaian coraknya bermula dengan tanda seperti huruf yang ringkas sehinggalah rekaan yang menarik, kompleks dan berwarna-warni.

Fungsi grafiti ialah  bahasa rahsia kumpulan tertentu. Selain itu, grafiti melambangkan ekspresi ketidakpuasan terhadap keadaan sosial. Ia merupakan lembang pemberontakan pemberontakan dan ekspresi ketakutan terhadap situasi politik dan sosial negara.

Pendidikan kesenian yang kurang jelas menyebabkan objek yang sering muncul dalam grafiti seperti tulisan atau gambaran hanya akan difahami oleh golongan tertentu sahaja. Kebiasaan, karya grafiti menunjukkan ketidakpuasan terhadap keadaan sosial yang mereka alami. Meskipun grafiti pada umumnya bersifat merosak dan menyebabkan perbelanjaan yang tinggi dalam pemuliharaan kawasan tersebut, namun grafiti tetap merupakan ekspresi seni yang harus dihargai. Terdapat ramai pengkarya terkenal yang memulakan kariearnya daripada kegiatan grafiti.  

Tokoh grafiti
`Phiberweryte Connects` merupakan salah satu kumpulan yang menghasilkan grafiti di salah sebuah taman permainan di Seksyen 27 Shah Alam. Phiberweryte Connect diasaskan oleh Nuke dan Nenok sekitar tahun 2003, kumpulan ini boleh berbangga kerana hasil karya mula mendapat perhatian. Mereka bermula dengan bersahaja dan kini setelah hampir 7 tahun kumpulan remaja ini mengangkat seni ini secara profesional di mana karya mereka boleh ditemui di dinding jalanan sekitar Shah Alam. Ahli-ahli kumpulan yang namanya kian meningkat dalam persada seni grafiti tempatan seperti Askoe, Newba, Keas, Wazer, Rash dan Muhriz.

Salah seorang anggota Phiberweryte Connects, Syahmi Shahuri, 24 atau lebih dikenali sebagai `Keas` berpendapat dengan memberikan mereka ruang, semestinya karya-karya tersebut dapat diketengahkan dan dihayati oleh masyarakat. Malah ia mendedahkan kita kepada perbezaan antara grafiti dengan vandalisme.

Menurutnya grafiti mementingkan aspek kepakaran dalam contengan berbanding vandalisme yang lebih terdorong ke arah contengan yang dibuat dengan pantas atau tergesa-gesa yang biasanya dilakukan di tempat persendirian sebagai cara untuk meluahkan perasaan. Hal ini adalah kerana ideanya para pengkarya ingin masyarakat memahami dan menghayati seni ini di mana-mana sahaja berbanding seni-seni lain yang rata-ratanya dipamerkan di ruangan galeri.

Sementara itu, Zaqi Adnan atau lebih dikenali sebagai `Nuke` pula berpendapat 10 tahun ke hadapan sudah pastinya Malaysia mampu menghasilkan tenaga mahir dalam bidang ini dan mampu bersaing dengan lebih efektif lagi di  peringkat antarabangsa. Menurutnya, seni merupakan jalan terbaik untuk memberi inspirasi  kepada tamadun manusia. Sebagai contoh, antara karya-karya di barat  ditonjolkan di atas jalan raya dan juga di sepanjang  dinding tembok kaki lima.

Persepsi negatif  masyarakat mengenai seni grafiti dikaitkan dengan tindakan vandalisme sewajarnya dikikis. Sebaliknya ianya ialah satu seni yang menghasilkan karya untuk dinikmati segenap lapisan masyarakat. “Anak-anak muda  sepatutnya diberi ruang untuk menonjolkan bakat-bakat mereka” katanya.

seni grafiti ini seharusnya diteruskan dan diperkenalkan kepada masyarakat sebagai suatu proses mengindahkan sesuatu kawasan daripada nampak kosong supaya ia tidak dianggap hina oleh sesetengah masyarakat yang menganggapnya sebagai satu proses merosaakkan keindahan melalui contengan. Pengiktirafan daripada masyarakat ini akan meningkatkan seni grafiti malaysia ke peringkat antarabangsa sebagai satu kaedah menghilangkan tekanan dan suatu kaedah luahan perasan.

0 comments: