BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

AKU HANYALAH INSAN BIASA...

Jika aku terjatuh bantulh aku untuk bangun semula...

Jika aku tersesat pimping la aku ke jalan yang betul..

gEngs

Tuesday, April 26, 2011

don't Give Up






Assalamualaikum.....


Kepada sahabat yang sedang ditimpa kesusahan, ingatlah bahawa musibah itu penghapus dosa dan petunjuk bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah SWT. Anggaplah musibah itu sebagai pelaburan dunia bagi orang-orang yang sabar dalam mendapatkan saham akhirat yang lebih besar! 

Petua menangani pemikiran yang negatif ketika berhadapan dengan musibah ada dinyatakan oleh Rasulullah SAW menerusi sabdanya, daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu, ianya lebih wajar, agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah SWT." (Riwayat Muslim). 

Yang penting, musibah bukan alasan untuk kita terus bersikap menyerah kerana Allah bencikan hambaNya yang berputus asa! Maka rancang, berusaha, berdoa dan bertawakallah, semoga kejayaan bakal menjadi milik kita...

0 comments: